4 research outputs found

    Penyelenggaraan fasiliti stadium

    Get PDF
    Penyelenggaraan adalah kerja yang dilakukan untuk memelihara, menjaga, mengendali, memperbaiki dan mengawalselia struktur bangunan, kemudahan, kelengkapan, perkhidmatan bangunan dan persekitaran bagi memastikan bangunan sentiasa berada pada tahap piawaian yang telah ditetapkan. Selain itu, penyelenggaraan juga dapat mempertahankan utiliti dan nilai fasiliti kemudahan serta berada dalam keadaan selamat digunakan

    Kerja baikpulih bangunan komersial yang terbengkalai di kawasan Melaka Tengah

    Get PDF
    Industri pembinaan merupakan satu sektor yang menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sosio-ekonomi dan sebahagian besar sumbernya digunakan kearah pembangunan yang pesat dalam pentadbiran negara. Projek-projek mega seperti Kuala lumpur internationa airport (KLIA), Pusat pentadbiran kerajaan di putrjaya dan banyak lagi pembinaan bangunan komersial yang menjadi tanda aras perkembangan yang memberangsangkan. Selain dari itu, pembangunan bagi sesuatu kawasan menyebabkan pertambahan penduduk. Ini menunjuk industri binaan merupakan salah satu sektor yang menyumbang dalam pembangunan dari aspek sosial dan ekonomi kepada sesuatu kawasan. Walaupun banyak teknologi dalam industri pembinaan telah digunakan pada masa kini, ia masih lagi tidak dapat mengawal kehadiran bangunan yang terbiar di Malaysia dan kesan kewujudan bangunan terbiar itu mengakibatkan kerugian kepada pelbagai pihak dan mengancam keselamatan penduduk sekitarnya

    Amalan keselamatan terhadap penyelenggaraan jentera untuk mengurangkan kemalangan di tapak bina

    Get PDF
    Industri pembinaan telah terkenal sebagai suatu bidang pekerjaan yang bahaya, kotor dan susah. Keadaan yang menyebabkan bahaya disebabkan kemalangan yang berlaku dalam industri ini mencatatkan peratusan yang agak tinggi di seluruh dunia (The Business Roundtable, 2014). Istilah bahaya di sini membawa maksud kepada risiko tinggi, berbahaya dan tidak selamat. Keadaan pekerjaan atau peralatan yang tidak selamat mungkin membawa bahaya yang sangat tinggi kepada pekerja seperti jatuh dari tempat tinggi. Namun, mengikut Haupt dan Pillay (2016), industri pembinaan ini sebenarnya adalah suatu bidang yang agak penting bagi seluruh dunia, di mana industri ini menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada para buruh. Ini adalah kerana dalam proses pembinaan, banyak tenaga manusia diperlukan

    Perbandingan kepuasan penghuni terhadap penyelenggaraan fasiliti perumahan bertingkat di Pantai Dalam Kuala Lumpur

    No full text
    Pembangunan hartanah bertingkat atau berstrata merupakan satu corak pembangunan mampan yang telah diterima secara umum sebagai cara kehidupan di bandar (Tam, 2013). Jika penduduk yang ramai menduduki kawasan perumahan bertingkat ini akan memberi kesan terhadap kemudahan fasiliti dan penyelenggaraan bangunan (Ani et al,. 2011)
    corecore